Pages

Thursday, April 26, 2012

Ketenangan Jiwa

Alhamdulillah, akhirnya aku ada juga artikel yang nak dimasukkan kat blog ni. Sejak dua menjak ni, sensetifnya kuat sangat. Bila agaknya aku dapat duduk dekat ngan suami. Kadang bile melihat pasangan suami isteri yang lain, terasa cemburu mereka dapat duduk sekali. Tidak seperti aku yang terpaksa berulang setiap minggu ke Rumah suami. Bukan merungut, aku redha, mungkin ini ketentuan yang aku perlu hadapi. Aku percaya Tuhan itu Maha adil, Susah sekarang tidak bermakna untuk selamanya, dan aku akan nantikan saat itu InsyaAllah dengan penuh kesabaran.

Aku nak kongsi camne nak dapatkan ketenangan jiwa, disamping tu untuk panduan aku sendiri.


Petua Untuk Ketenangan Jiwa
• Selalu bersolat dengan khusyuk.
• Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa tension.
• Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.
... • Berpuasa dan bersolat sunat.
• Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.
• Tidur yang mencukupi.
• Suasana dan kediaman yang teratur.
• Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.
• Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.
• Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.
• Melangsaikan semua hutang.
• Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.
• Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.
• Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.
• Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.
• Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.
• Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, samaada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

2 comments:

  1. salam.

    susah sebenarnya kahwin pastu duk jauh.
    tapi kalu tak kahwin, tak halal, dapat dosa maksiat plak sebab couple tiada ikatan. lebih baik nikah dari lalai dilembah maksiat.

    tapi kalu dah jauh, apa la nak buat, saya dan pasangan sanggup nak nikah sebab nak sahkan hubungan, nak halal, dan sanggup bekorban tinggal berjauhan, tapi parents si pompuan pula tak setuju takut ganggu pelajaran.

    akhirnya, terpaksa la tunggu dari jauh sahaja selama 5 tahun, menahan perasaan :P

    tapi itulah dugaan, kena hadapi, kena tempuhi.

    cewah, jiwang plak kat sini, ehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      iyela hansuke, dugaan Dia bermacam2, cume kite kena sabar ngn redha, mungkin berkat kesabaran awak kebahagian abadi yang x awak jangka muncul sebagai timbal balik apa yang telah awak hadapi.

      Delete