Pages

Tuesday, December 20, 2011

PeNgorBAnan adalah KebahaGiaan

Dibesarkan dalam keluarga yang susah, anak sulong dari adik beradik yang ramai. Bila di tanya pasti kebanyakannya akan mengatakan ' besar tanggungjawab tu..'. Dari kecil lagi aku dengar ayat yang hampir sama malah sehingga ke tahap aku masuk ke alam pekerjaan. Tapi aku tak benar-benar rasa tanggungjawab yang di maksudkan, malah aku rasa seperti di manjakan, iyela segala kerja rumah emak yang lakukan, aku hanya bantu sikit2 je.. tu pun kalau di suruh. Masa aku dipenuhi hanya untuk belajar, start dari alam persekolahan sehingga ke Universiti. Sehingga pada satu hari aku tak sedar bilangan adik beradik aku, malah lupa adik ini yang keberapa. Tak tahu la ini kelakar atau tak bertanggungjawab. Namun hubungan keluarga antara kami sangat erat, terasa sunyi bila salah sorang dari adik aku tiada di rumah.

Pejam celik dah hampir tujuh tahun aku memasuki alam pekerjaan. Sesungguhnya Allah itu maha adil, sedikit demi sedikit di bukakan jalan tanggungjawab yang pernah hilang dalam diari hidup aku. Aku sedar Dia mempermudahkan perjalan hidup aku adalah semata-mata untuk membantu mencapai cita2 orang tua aku untuk lihat semua anak-anak dia berjaya. Aku tidak teruskan pengajian supaya aku nak lihat adik-adik yang lain juga memegang sekurang-kurangnya segulung diploma. Aku tak nak berada di atas seorang. Alhamdulillah satu-satu adik aku mengikut jejak langkah aku. Aku cuba bantu yang mana termampu. Dan impian utama hidup aku telah pun tercapai. Aku IklLAS.. dan aku sedih sangat bila orang lain mengungkit apa yang telah aku berikan untuk keluarga aku. Aku hanya manusia biasa yang kadang lalai, lupa, riak dan takbur datang mengukur apa yang telah aku berikan dan korbankan buat keluarga aku.

Ya Allah tetaplah aku pada keikhlasan hati ini. Aku inginkan keredhaan dan keberkatanMu. Bukan nilai yang menjadi ukuran. Kerana pabila aku menghitung apa yang telah aku keluarkan takkan sama dengan apa yang telah di kurniakan oleh kedua orang tua aku iaitu ilmu, agama dan kasih sayang sepanjang mereka membesarkan aku. Rezeki yang dikurniakan bukan untuk kita nikmati seorang. Kita akan rasa lebih bahagia apabila kita berkongsi walau nikmat itu sebesar zarah.

Tiada manusia yang sempurna termasuklah kedua orang tua kita. Namun Ikhlas dan Redha adalah kunci sebuah kebahagian. Kita sendiri yang perlu membentuk kebahgiaan hidup kita. Kerana bukan semua orang akan membahagiakan kita. Satu saat yang tak di duga orang yang kita anggap sahabat, teman dunia akhirat, juga akan memulaukan dan menjauhkan dirinya dari kita tanpa sebarang sebab. Disitulah baru aku sedar kepada keluarga juga aku kembali dan kepada mereka juga kebahagian buat aku.

Buat adik-adikku, aku iklas setiap apa yang aku berikan kepada korang, buatlah yang terbaik untuk kebahagian korang sendiri. Dan akak tak harapkan apa-apa balasan melainkan hormat dan saling membantu antara satu sama lain. Bila riak datang dalam hati walaupun sedetik ingatlah kita tidak selamanya akan berada di atas. Kembalilah mengharapkan keberkatan dan keredhaanNya.

Perjalan hidup penuh berliku. Bila sendiri kita kadang berkata 'mengapa aku adalah aku' 'mengapa cerita hidup aku begini' 'mengapa aku tak dilahirkan seperti orang lain yang lebih senang hidupnya' Astaghfirullah.. Jahilnya aku sebagai manusia. Allah itu maha adil, bila kita rasa hidup kita perit, kita harus sedar ada hidup orang lain yang lebih perit dari kita. Bersabar dan bersyukurlah anda di lahirkan hidup begini. Allah tidak akan menduga kita pada sesuatu yang kita tak mampu harungi. Pada setiap kesusahan yang dialami penghujungnya pasti akan ada jalan kebahgiaan. Syaratnya tetaplah bersujud padaNya, dan jangan sesekali berpaling mentaatiNya.

Monday, December 19, 2011

Dugaan Nya

Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya tergerak untuk aku mencatat sesuatu. Hidup ini penuh dengan bermacam dugaan. Ini yang dikatakan roda kehidupan, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Kadang Allah bagi kita kegembiraan, namun kemudian kita di beri kesedihan dan keperitan. Kadang aku berfikir apakah hikmak di sebalik semua ini. Setelah lama baru aku sedar tiada manusia yang sempurna, Allah tidak akan membiarkan hambaNya lupa akan diriNya. Namun manusia sendiri yang lari darinya. Rindu padaNya tapi tetap tak mahu menghadap untuk bersujud padanya. Mungkin ini juga dugaan yang diberikan disebabkan kemurkaanNya kerana lalai sujud padaNya.
Tempoh dua bulan yang amat perit, sedih buat aku dan dia. Balasan apakah ini, sehingga sampai pada tahap kami pasrah dan hanya mampu bertawakal. pelbagai usaha telah kami lakukan dari klinik ke klinik, sehingga ke hospital pakar namun masalah masih belum bertemu jalan untuk sembuh. Aku masih mampu menahan sebak sedih sendiri. Namun saat yang paling perit bila aku melihat dia menangis sendiri, seakan luruh seluruh jantung ini. tidak mampu untuk aku katakan di sini. ' Jangan risau, sabar.. mungkin Allah masih mahu kita hadapi dugaan ini, belum masanya.'
24hb11.2011 : Aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Di bukakan kami jalan atas segala masalah ini. Aku tahu masa ini akan tiba. Dan hanya perlu bersabar dan tidak lari dari memohon kepadaNya. aku sedar Dia tidak akan membiarkan hambaNya selamanya berada dalam keperitan. 10 Hari di tahan, sinar kembali menyinari kehidupan kami. Nazar perlu aku lunaskan tanda kesyukuran yang tidak terhingga.
Semoga di tetapkan iman kami dan tidak lari dari terus bersyukur atas segala nikmat serta bersabar atas segala dugaan.

Saturday, August 6, 2011

Selamat Berbuka Puasa..

Saat orang lain menikmati juadah berbuka bersama keluarga yang tersayang, aku pula berbuka hanya berbekalkan sesachet biskut kacang seorang duduk menanti tren KTM yang tak bergerak.. hihi.. Smalam memang tak sangka peluang nak berbuka puasa ngn hubby tak kesampaian. Macam biasa tiap-tiap hari jumaat aku akan menaiki ktm ke rumah my hubby, dan smalam adalah hari pertama dalam bulan puasa untuk berbuka bersama, tapi tu sume kuasa Dia, kita hanya merancang. Sampai je kat Ktm Seputeh, tren tetibe semput, kejap-kejap berhenti sampaila satu saat bekalan elektri sume terpadam, then pegawai tren bagi tau tren ni akan ambil masa 3 tau 4 jam tuk pulih, sesape yang panas bleh tunggu di luar. Aku masa tu ngah duduk, ambil keputusan untuk stay kat dalam je, memandangkan da ramai yang berada di luar tren, so kurangla panasnye.. tapi tetiba pintu tren tertutup sendiri, sedangkan enjin lampu sume da mati, apalagi kelam kabut la, paling aku geli hati tak sampai 1 minit pun tren tu tertutup, da sorang ni kelam kabut sangat, ketuk-ketuk pintu tren, keadaan dia cam orang kehabisan oksigen, tercungap2, apalagi datang la yang lain ikut ketuk2 pintu tren cam aksi dalam tv plak minta di selamatkan, takut lemas lak kat sini, tapi Alhamdulillah aku masih tenang dan ada juga beberapa orang yang sama cam aku, hanya memerhati gelagat mereka. Lama- lama gerun gak, mana tau tetiba betul sampai ke sudah pintu tren ni x bleh buka, da la xd lubang udara langsung, aku pun amik tindakan bernafas ckit-ckit.. hehe.. tak sampai bape minit pastu datang pegawai tren dari pintu dalam, tak pasal-pasal kena sound "kena keluar semua, bile bekalan elektrik kat tren ni da putus, pintu tren ni pun akan automatik tertutup." Terus dia buka pintu, rupa nye ada cara manualnye.. ble da buka tu kelam kabut suma, berpusu2 keluar sampai aku pun di langgar..
Memikirkan tinggal beberapa minit je nak berbuka puasa yang ada dalam beg ni kurma, biskut, ngn lauk yang mak bekalkan, tapi air takde, mau tercekik aku.. kat stesen ni xd plak orang jual air, tetiba aku perasan ada sorang gurl ni bawa mineral ngan duit kat tangan dia, belum sempat aku nak tanya dia beli kat mana, datang kakak yang lain tanya dulu, gurl tu tunjuk kat luar.. rupanya kedainya jauh gak, adui ngah saat-saat genting berpuasa ni, tak larat plak nak jalan jauh.. Aku amik keputusan makan je pe yang ada..
My hubby msg selamat berbuka puasa, aduii.. sadisnye.. pas die msg da masuk waktu berbuka da sorang yang azan, alhamdulillah dengar juge laungan indah azan, menambah keyakinan aku tuk berbuka.. Aku hanya mampu menjamah sekeping je, tak berani nak makan banyak coz air takde, takut plak tercekik. Lagipun dalam keadaan cam ni, seorang diri je, takde slera langsung nak berbuka banyak2, sekadar syarat saje, nak telan pun sebak je rasa, sensitif betul aku ni sebenarnya..
Beberapa minit pas tu lalu pegawai tren ngh bercakap kat hphone, x sure apa, tapi yang sure ramai yang bangun dan berpusu masuk dalam tren aku pun ikut je la, dapat tempat duduk, then lampu ngan aircond menyala, 'haa.. ' yang ada dalam tren ni termasuk la aku, teruja lega, Kami tunggu dalam lebih 1/2 jam gak akhirnya jalan juge tren ni... Hepinye masa tu Tuhan je yang tahu..

Thursday, July 28, 2011

Jodoh adalah misteri.Tabirnya seluas dan setebal langit. Rasianya tersimpan rapat di Kitab Lauhul Mahfudz. Karana jodoh adalah salah satu ketentuan-Nya, maka bersiaplah menerima apa yang telah Allah tentukan. Yakinlah bahwa Allah pasti memberikan yang terbaik bagi kita. 

….(¯`v´¯)
….. ·.¸.·´
…¸.·´
.. (
☻/
/▌♥♥
/ \ ….. 

1. kalau korang ada masalah walau sebesar mana pun, insyaallah takde msalah yg tak akan selesai dngan membaca (ALAM NASRAH).. setiap kali ada masalah, baca je..

2.ayat mintak jodoh

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami 
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi 
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku 
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit 
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya 
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya.... 
Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu 
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat 
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
----------------------------------------
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
----------------------------------------
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman 
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup 
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh 
Amin... Ya Rabbal 'Alamin 

3. ayat pengasih

bismillahirrahmanirrahim
yuhhibu nahum kahubballahi wallazi na amanu asyaddu hubal lillah

maksud :
Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,
adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

Wednesday, July 6, 2011

PERMAINAN MASA


Tengah kyusuk wat keje, sambil tu telinga tak terlepas babak menarik kat drama tv, tetiba kata-kata ni bebetul menusuk kat hati ni.. "sesungguhnya demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.." tetiba rasa sedih sebak, kerana tersedar bahawa aku tergolong dalam manusia yang sentiasa dalam kerugian. Mana tak nya cuba renungkan balik berapa banyak perkara yang kita terlepas untuk melakukannya. Bila tersedar ianya dah berlalu, sia- sia je peluang kita abaikan.
Teringat masa aku g Exam kpsl n27 bulan 5 tu ari, aku da mark kat kalender awal tahun lagi, sepatutnya aku da prepare bahan2 yang nak dibawa 2 awal2 lagi. Tapi aku lalai, ble da 2 3 hari nak exam baru kelam kabut nak cari buku, sian my hubby, die pun terjebak skali ngn masalah aku... Tapi Alhamdulillah kita takkan rugi klu kita menghargai masa yang datang dalam hidup ni, coz utk pekse kpsl w27, aku puas hati ngn apa yang aku lakukan, tawakal je, coz aku da usaha apa yang aku mampu..bahan tuk jwb pekse pn sempurna.. di samping my hubby temankan sepanjang ppriksaan..so sweet..sampai sakit2 kaki die nek banyak tangga smbil bawakan buku2 aku... Thank You Sayang..
Nak cite pasal masa memang tak kan tercerita, Klik link ni.. kite baca sesama ye..;)
http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/cara-mengawal-masa-dengan-berkesan.html#more-2341

CANON 550D


Cantik kan... ni dia dream my hubby.. dah pun tertunai.. Katanya nak amik gambar our family, tak nak miss stiap moment yang berlaku dalam rumahtangga kami, terutama ble da ada permata hati nanti... So sweet.. berbunga-bunga hati aku dengar die cakap camtu.Tak sabar menanti saat bahgia tu nanti. Sesekali ble tengok abg guna benda alah nie cam professional jrukamre plak.. tapi banyaknye cam amatur je.. hehe.. Sampaikan aku ngah berjalan pun die nak snap, pelik je rasa gambar aku ngah melangkah masa balik dari exam kat MAEPS smalam.. pe pe je la abg ye... 

Sunday, June 26, 2011

SeJENak


click to create your own

sElesai Majlis pERsandinGan 12 Jun 2011



Alhamdulillah, segalanya dah selesai.. Rutin harian pun turut berubah. Wat masa sekarang masih menetap di Kalumpang, ble hujung minggu baru balik nilai.. terpaksala hadapi semua ni sehingga la permohonan pertukaran di luluskan.. 

Saturday, April 23, 2011

Mendoakan Orang Lain Melenyapkan Marah


Melenyapkan marah bukanlah perkara mudah bagi sebagian besar orang. Namun ada cara sederhana namun efektif untuk melenyapkan emosi negatif seperti marah tadi, yakni dengan mendoakan orang yang membuat emosi kita naik tersebut.
Dalam sebuah penelitian, orang-orang yang mudah naik pitam menjadi lebih tenang dan berkurang ketegangan mentalnya setelah mereka dilatih berdoa untuk orang-orang yang memerlukan dukungan, misalnya mendoakan pesakit barah atau orang tidak beruntung.
Para peneliti juga menekankan bahwa metode pelepasan emosi negatif tersebut cukup efektif bahkan untuk orang yang tidak religius. Walau begitu, orang-orang yang menganut agama tertentu tetap mendapatkan manfaat ketenangan batin berkat mendoakan orang lain tadi.
"Biasanya orang baru berdoa ketika mereka merasakan emosi negatif,
seperti rasa marah. Kami menemukan bahwa berdoa sangat membantu orang mengatasi amarah mereka dengan cara mengubah cara pandang," kata Brad Bushman, profesor komunikasi dan psikologi dari Ohio State University.


http://health.kompas.com/read/2011/04/16/09152487/Mendoakan.Orang.Lain.Melenyapkan.Marah

15 April 2011 HaRi PErNiKahAhanKu




hari yang bermakna 15/4/2011



selamat di ijabkabulkan

batal air sembahyang






bersama mak dan adik2

ngn family abang

cik pah ngn kak ita yang banyak membantu..

hantaran my hand made tau...hihi..

hantaran pihak lelaki

kenangan terindah

Alhamdulillah 15 April, aku telah selamat diijabkabulkan, dengan hantaran sebanyak RM10K, dulang hantaran 7 berbalas 9. wat majlis pernikahan kecil je, stat jam 3ptg. Blan 6 nnt bru wat kenduri kawin ngn majlis persandingan skali ngn pernikahan adik aku lak.
Seminggu cuti hidup sebagai seorang isteri, indah skali, terasa diri benar2 disayangi dan dihargai. Mekasih abang, ayang akan cuba jadi istri yang trbaik wat abg, ngn keluarga kita. Semoga Allah merahmati ikatan suci kita.
Esok da stat masuk keje, rasa cam xnk blik klumpang, pasti berjauhan ngn abg..huhu..
hihi.. status da tukar miss kpd mrs ..

Tuesday, April 5, 2011

2011 Yang Indah

Assalamualaikum..
Pejam celik da nak pertengahan tahun 2011, alhamdulillah perjalanannya indah sekali, tiada air mata yang sering menemani aku seperti suatu waktu dahulu..hihi cam nak tulis cerpen lak..
Saat aku dipertemukan ngan abang, aku yakin dia adalah yang terbaik untuk aku bagi meneruskan perjalanan hidup aku kepada satu fasa yang pastinya jauh berbeza dari sekarang, kehidupan berumahtangga.Insyaallah lagi beberapa hari aku akan bergelar isteri kepada  seorang lelaki yang sangat aku cintai. Walaupun perkenalan kami singkat tapi, kejujuran hati kami menguatkan lagi keputusan untuk hidup bersama. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami hingga ke alam syurga..
Angka 22, hihi angka keramat wat kami, 22hb12, trima 1st msg perkenalan dari abang, 22hb1 besday abang,22hb8 besday aku.

Wednesday, March 30, 2011

A KNIGHT IN SHINING ARMOR


A KNIGHT IN SHINING ARMOR
In this world full of hurt and pain,
I need someone who would help me through the rain.
To comfort me when I'm sad,
Doing everything just to make me glad.
 
In this world I need a Brave Knight,
Who would never give up any fight.
A knight who would dry away my tears,
Telling me to overcome my fears.
 
A knight who loves me for who I am inside,
With him there's nothing more I need to hide.
A person who will still be standing strong,
Eventhough everything has gone wrong.
 
I need someone who is willing to give me more,
Someone I can call my Knight In Shining Armor.

Thursday, March 24, 2011

Dosa Gugur Apabila Suami Isteri Bersalaman


Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari intanjiyana di Forum Tentang Cinta.
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Sunday, February 13, 2011

Rahsia as-Solat


Kita sering tunaikan solat lima waktu, di tambah lagi dengan solat sunat, sudah cukup wat rasa kite tenang untuk hadapi kehidupan seharian yang penuh dengan macam2 cabaran. Sebenarnya solat bukan setakat amalan wajib yang mampu wat kite tenang, tabah jalani hidup sorang muslim/muslimah, rupenye ada rahsia disebalik setiap pergerakan amalan solat kite yang kita memang tak kan nampak..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... :-)

1 -         Niat Sembahyang :
    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -         Berdiri Betul :
    Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -         Takbir-ratul Ihram :
    Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -         Fatihah :
    Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -         Ruqu' :
    Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -         I'tidal :
    Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -         Sujud :
    Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -         Duduk antara 2 Sujud :
    Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -         Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
    Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 -         Tahhiyat Akhir :
    Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.

11 -         Selawat Nabi :
    Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -         Salam :
    Memelihara kita di dalam kubur.

13 -         Tertib :
    Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Was salam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...