Pages

Tuesday, December 20, 2011

PeNgorBAnan adalah KebahaGiaan

Dibesarkan dalam keluarga yang susah, anak sulong dari adik beradik yang ramai. Bila di tanya pasti kebanyakannya akan mengatakan ' besar tanggungjawab tu..'. Dari kecil lagi aku dengar ayat yang hampir sama malah sehingga ke tahap aku masuk ke alam pekerjaan. Tapi aku tak benar-benar rasa tanggungjawab yang di maksudkan, malah aku rasa seperti di manjakan, iyela segala kerja rumah emak yang lakukan, aku hanya bantu sikit2 je.. tu pun kalau di suruh. Masa aku dipenuhi hanya untuk belajar, start dari alam persekolahan sehingga ke Universiti. Sehingga pada satu hari aku tak sedar bilangan adik beradik aku, malah lupa adik ini yang keberapa. Tak tahu la ini kelakar atau tak bertanggungjawab. Namun hubungan keluarga antara kami sangat erat, terasa sunyi bila salah sorang dari adik aku tiada di rumah.

Pejam celik dah hampir tujuh tahun aku memasuki alam pekerjaan. Sesungguhnya Allah itu maha adil, sedikit demi sedikit di bukakan jalan tanggungjawab yang pernah hilang dalam diari hidup aku. Aku sedar Dia mempermudahkan perjalan hidup aku adalah semata-mata untuk membantu mencapai cita2 orang tua aku untuk lihat semua anak-anak dia berjaya. Aku tidak teruskan pengajian supaya aku nak lihat adik-adik yang lain juga memegang sekurang-kurangnya segulung diploma. Aku tak nak berada di atas seorang. Alhamdulillah satu-satu adik aku mengikut jejak langkah aku. Aku cuba bantu yang mana termampu. Dan impian utama hidup aku telah pun tercapai. Aku IklLAS.. dan aku sedih sangat bila orang lain mengungkit apa yang telah aku berikan untuk keluarga aku. Aku hanya manusia biasa yang kadang lalai, lupa, riak dan takbur datang mengukur apa yang telah aku berikan dan korbankan buat keluarga aku.

Ya Allah tetaplah aku pada keikhlasan hati ini. Aku inginkan keredhaan dan keberkatanMu. Bukan nilai yang menjadi ukuran. Kerana pabila aku menghitung apa yang telah aku keluarkan takkan sama dengan apa yang telah di kurniakan oleh kedua orang tua aku iaitu ilmu, agama dan kasih sayang sepanjang mereka membesarkan aku. Rezeki yang dikurniakan bukan untuk kita nikmati seorang. Kita akan rasa lebih bahagia apabila kita berkongsi walau nikmat itu sebesar zarah.

Tiada manusia yang sempurna termasuklah kedua orang tua kita. Namun Ikhlas dan Redha adalah kunci sebuah kebahagian. Kita sendiri yang perlu membentuk kebahgiaan hidup kita. Kerana bukan semua orang akan membahagiakan kita. Satu saat yang tak di duga orang yang kita anggap sahabat, teman dunia akhirat, juga akan memulaukan dan menjauhkan dirinya dari kita tanpa sebarang sebab. Disitulah baru aku sedar kepada keluarga juga aku kembali dan kepada mereka juga kebahagian buat aku.

Buat adik-adikku, aku iklas setiap apa yang aku berikan kepada korang, buatlah yang terbaik untuk kebahagian korang sendiri. Dan akak tak harapkan apa-apa balasan melainkan hormat dan saling membantu antara satu sama lain. Bila riak datang dalam hati walaupun sedetik ingatlah kita tidak selamanya akan berada di atas. Kembalilah mengharapkan keberkatan dan keredhaanNya.

Perjalan hidup penuh berliku. Bila sendiri kita kadang berkata 'mengapa aku adalah aku' 'mengapa cerita hidup aku begini' 'mengapa aku tak dilahirkan seperti orang lain yang lebih senang hidupnya' Astaghfirullah.. Jahilnya aku sebagai manusia. Allah itu maha adil, bila kita rasa hidup kita perit, kita harus sedar ada hidup orang lain yang lebih perit dari kita. Bersabar dan bersyukurlah anda di lahirkan hidup begini. Allah tidak akan menduga kita pada sesuatu yang kita tak mampu harungi. Pada setiap kesusahan yang dialami penghujungnya pasti akan ada jalan kebahgiaan. Syaratnya tetaplah bersujud padaNya, dan jangan sesekali berpaling mentaatiNya.

1 comment:

  1. Salam Ain,

    Sebagai anak sulong memang kita selalu lebihkan keluarga dari kepentingan diri. Apa pun kita buat pasti ahli keluarga menjadi priority. Walau kadang-kadang kita juga khilaf.

    Jangan bersedih Ain, mereka faham. Manusia, biasalah kadang-kadang terlupa seketika. Tegur nanti sedarlah dia. Moga terus berbakti buat keluarga tercinta. Kerana bahagia mereka itulah kebahagian kita.

    Salam perkenalan^^
    Thanks for following^^

    ReplyDelete