Pages

Wednesday, April 18, 2012

Ulang tahun Pertama

Salam.. agak belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun 2012. Genap 15 April 2012 yang lepas usia perkahwinan ku mencecah setahun. Bagaikan bayi yang baru lahir, ianya umpama kanak-kanak yang sedang belajar berjalan. Namun dalam tempoh setahun ini bermacam dugaan yang telah kami tempuhi. Alhamdlillah segalanya mampu di hadapi dengan jiwa yang tenang.

Sempena Ulangtahun yang pertama ni.. suami telah bawa makan di sebuah restoran makanan laut di Bagan Lalang. Amboi sedap betul masakannye. Tapi suami tak boleh makan seafood,dia makan ikan bawal masak 3 rasa, aku pun tumpang menyebok juge walaupun kat depan aku da mmcm lauk yang lain. Bile ingat semula rasa cam orang yang tak pernah makan seminggu. Rasa cam nak datang lagi je. Walaupun mahal sikit tapi berbaloi dengan rasanya. Senang cerita puas hatila.

Wat suami yang tercinta, Ayang doakan perkahwinan kita diredhai, dan di bawah lindungaNya. Dan semoga ianya kekal hingga ke Syurga.. Love u Darling..

No comments:

Post a Comment