Pages

Thursday, April 26, 2012

Ketenangan Jiwa

Alhamdulillah, akhirnya aku ada juga artikel yang nak dimasukkan kat blog ni. Sejak dua menjak ni, sensetifnya kuat sangat. Bila agaknya aku dapat duduk dekat ngan suami. Kadang bile melihat pasangan suami isteri yang lain, terasa cemburu mereka dapat duduk sekali. Tidak seperti aku yang terpaksa berulang setiap minggu ke Rumah suami. Bukan merungut, aku redha, mungkin ini ketentuan yang aku perlu hadapi. Aku percaya Tuhan itu Maha adil, Susah sekarang tidak bermakna untuk selamanya, dan aku akan nantikan saat itu InsyaAllah dengan penuh kesabaran.

Aku nak kongsi camne nak dapatkan ketenangan jiwa, disamping tu untuk panduan aku sendiri.


Petua Untuk Ketenangan Jiwa
• Selalu bersolat dengan khusyuk.
• Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa tension.
• Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.
... • Berpuasa dan bersolat sunat.
• Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.
• Tidur yang mencukupi.
• Suasana dan kediaman yang teratur.
• Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.
• Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.
• Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.
• Melangsaikan semua hutang.
• Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.
• Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.
• Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.
• Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.
• Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.
• Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, samaada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Wednesday, April 18, 2012

Sweet Pic








Do nOt JuDge wHatS on the OuTsiDe

Sometimes people are quick to judge others,
when what you see isn't really all there.

People have different moods different personalities
different desires, so what you're really seeing
is only a mask, of what others want you to see.

On the inside, we all have the same desires,
a kind smile,a warm heart,a tender soul,
all wanting to be reached on the inside.

We're all not perfect,only human, we'll have ups and downs
like a merry-go-round, we'll make many mistakes.

But just remember, the next time you see a person,
do not judge whats on the outside, we could be having a bad day.

Try and see on the inside, and you will see, the kind smile,
the warm heart, the tender soul, reaching out....

Perginya Insan BerMakna- Ayahda

Tanggal 30 Januari 2012. Ayahda ku telah menhembuskan nafasnya yang terakhir, pergi meninggalkan dunia yang penuh cabaran untuk selamanya. Telah banyak dugaan yang telah ayah tempuhi selama membesarkan kami sembilan beradik. Dengan bermacam ragam dan karenah, ayah telah berjaya menjadikan kami insan yang berguna.

Bertahun-tahun ayah menanggung derita penyakit yang dihadapinya, bemula dari penyakit kencing manis, hingglah ke Jantung. Aku ingat lagi tahun 2003 Tahun Kedua aku di menara gading. Ayah berusaha merahsiakan penyakitnya  sehingga dia di tahan di wat ICU,  takut akan mengganggu pelajaran aku. Namun melalui telefon, aku mendesak adik aku supaya memberitahu apa yang berlaku, disebabkan nadanya yang amat sedih. Ya Allah, tuhan saja yang tahu betapa sebaknya hati ini. Namun Engkau panjangkan usia bapaku.

Siapa sangka, ajal maut di tangan Tuhan, ayah pergi juga ketempat yang kekal abadi, Aku kesian apabila melihat adik2 aku, yang paling kecil seawal usia 12 tahun telah kehilangan bapa. Namun semangatnya kuat, jarang sekali aku melihat dia bersedih. Namun ibu yang paling terasa atas kehilangan, sering terbayang arwah seperti masih ada lagi. Ya Allah, berilah ketenangan ke atas ibuku, dan kuatkanlah semangat dia supaya dapat membesarkan dan mencurahkan kasih sayang wat adik2 ku yang baru hendak mengenal dunia..

Semoga Roh bapaku Musa Bin Ahmad di cucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin..

Ulang tahun Pertama

Salam.. agak belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun 2012. Genap 15 April 2012 yang lepas usia perkahwinan ku mencecah setahun. Bagaikan bayi yang baru lahir, ianya umpama kanak-kanak yang sedang belajar berjalan. Namun dalam tempoh setahun ini bermacam dugaan yang telah kami tempuhi. Alhamdlillah segalanya mampu di hadapi dengan jiwa yang tenang.

Sempena Ulangtahun yang pertama ni.. suami telah bawa makan di sebuah restoran makanan laut di Bagan Lalang. Amboi sedap betul masakannye. Tapi suami tak boleh makan seafood,dia makan ikan bawal masak 3 rasa, aku pun tumpang menyebok juge walaupun kat depan aku da mmcm lauk yang lain. Bile ingat semula rasa cam orang yang tak pernah makan seminggu. Rasa cam nak datang lagi je. Walaupun mahal sikit tapi berbaloi dengan rasanya. Senang cerita puas hatila.

Wat suami yang tercinta, Ayang doakan perkahwinan kita diredhai, dan di bawah lindungaNya. Dan semoga ianya kekal hingga ke Syurga.. Love u Darling..