Pages

Monday, December 19, 2011

Dugaan Nya

Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya tergerak untuk aku mencatat sesuatu. Hidup ini penuh dengan bermacam dugaan. Ini yang dikatakan roda kehidupan, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Kadang Allah bagi kita kegembiraan, namun kemudian kita di beri kesedihan dan keperitan. Kadang aku berfikir apakah hikmak di sebalik semua ini. Setelah lama baru aku sedar tiada manusia yang sempurna, Allah tidak akan membiarkan hambaNya lupa akan diriNya. Namun manusia sendiri yang lari darinya. Rindu padaNya tapi tetap tak mahu menghadap untuk bersujud padanya. Mungkin ini juga dugaan yang diberikan disebabkan kemurkaanNya kerana lalai sujud padaNya.
Tempoh dua bulan yang amat perit, sedih buat aku dan dia. Balasan apakah ini, sehingga sampai pada tahap kami pasrah dan hanya mampu bertawakal. pelbagai usaha telah kami lakukan dari klinik ke klinik, sehingga ke hospital pakar namun masalah masih belum bertemu jalan untuk sembuh. Aku masih mampu menahan sebak sedih sendiri. Namun saat yang paling perit bila aku melihat dia menangis sendiri, seakan luruh seluruh jantung ini. tidak mampu untuk aku katakan di sini. ' Jangan risau, sabar.. mungkin Allah masih mahu kita hadapi dugaan ini, belum masanya.'
24hb11.2011 : Aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Di bukakan kami jalan atas segala masalah ini. Aku tahu masa ini akan tiba. Dan hanya perlu bersabar dan tidak lari dari memohon kepadaNya. aku sedar Dia tidak akan membiarkan hambaNya selamanya berada dalam keperitan. 10 Hari di tahan, sinar kembali menyinari kehidupan kami. Nazar perlu aku lunaskan tanda kesyukuran yang tidak terhingga.
Semoga di tetapkan iman kami dan tidak lari dari terus bersyukur atas segala nikmat serta bersabar atas segala dugaan.

No comments:

Post a Comment